Vitamin Dan Nutrisi Yang Bagus Untuk Ibu Hamil


Vitamin Yang Baik Untuk Ibu Hamil

FERROUS FORMATE - pil zat besi, utk tambah darah, elak anemia (kurang darah, pucat). Tapi kalau ambik ni, adakala tahi akan berwarna hitam dan boleh sebabkan sembelit, so kena banyak minum air dan olah diet mengikut keperluan badan agar serat, air, lain2 zat tambahan cukup.

ASCORBIC ACID a.k.a VITAMIN C ... Nama glamor bagi Ascorbic Acid ialah Vitamin C ... Ini sesuai diambil sesiapa sahaja, Vitamin C is water soluble, larut dalam air, so kalau makan Vitamin C ni, kencing jadik warna kuning ...

Pengambilan Ferrous Formate adalah digalakkan disekaliguskan dengan Vitamin C agar penyerapan lebih berkesan.

VITAMIN B COMPLEX pulak, penting kerana ia mempunyai kebaikan untuk segala keperluan tambahan yang diperlukan oleh tubuh kita, membantu segala proses luar dan dalam badan macam good for the hair, skin, nail, tambah energy, elak stress dan keletihan, bagus untuk otak, membantu proses penghadaman yang betul dan sihat.

OBIMIN - Ada semua vitamin yang diperlukan ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak, tapi kalau tak mengandung pun, sajer2 nak makan sebagai vitamin tambahan pun tak mengapa.

FOLIC ACID - Membantu pembentukkan sel2 darah/ tisu badan/DNA dan elakkan anemia (pucat, kurang darah). The best time to take Folic Acid ialah at least 3 bulan sebelum plan nak mengandung. Pil ni boleh diambil anytime, bukan sebab pregnant semata, ia memang bagus. Folic Acid terkandung jugak dalam Obimin, Primalet.

Itulah beberapa Vitamin Yang Baik Untuk Ibu Hamil. Semoga bermanfaat!

Sumber : http://catatanasmidar.blogspot.com/2011/02/vitamin-yang-baik-untuk-ibu-hamil.html

Artikel Lainnya